Home Artikel PAS Selangor

Penyerahan sumbangan kepada yang terjejas pendapatan – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

8
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Hari ke -10 lockdown sejak kerajaan mengisytiharkan “Total Lockdown” diseluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang mengganas. Akibatnya terdapat segelintir rakyat yang kurang bernasib baik telah terjejas pendapatan mereka.

Menurut Saudara Muhammad Fadli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia, mereka telah sampaikan sumbangan kepada 2 buah keluarga yang terjejas pendapatan akibat lockdown di sekitar Greenwood dan Kuala Lumpur.
Menurut beliau lagi, keluarga-keluarga tersebut mohon daripada Team Syabab Care melalui ‘facebook’ page mereka.”Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi.

“Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19.
Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.
May be an image of indoor
“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor