Home Artikel PAS Selangor

Berpolitik biar secara matang dan ada perhitungan dosa pahala – Ketua Penerangan PAS Selangor

24
SHARE

May be an image of text

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Us. Syarhan Humaizi Halim

Ketua Penerangan PAS Selangor

Budaya politik yang tidak sihat dengan usaha yang licik membuat bahan fitnah dan menyebarkannya ke seluruh maya perlu ditentang dan dilawan habis-habisan. Menyuburkan fitnah dalam masyarakat membuka suasana negatif, adu domba mampu mengundang negara ke arah kehancuran.

Sekeping surat yang dibuat oleh pemfitnah, dengan penuh niat jahat supaya menjadikan seakan surat itu benar suatu tindakan politik yang jijik. Demi memenuhi nafsu rakus politik pihak tertentu, perhitungan dosa dan pahala sudah tiada dalam percaturan.

Bayangkan jika berlaku kepada kita, orang yang kita kasih, keluarga kita menjadi mangsa fitnah golongan jahat sudah tentu amat terkesan dalam kehidupan kita. Allah SWT telah nyatakan dalam Al-Quran tentang golongan seperti ini membawa kepada dosa.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

[Surat Al-Hujurat 12]

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Suburkan budaya politik yang matang dan sejahtera. Tolak segala bentuk politik jahat yang membuka ruang fitnah tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor