Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Norma Baru : Disiplinkan Diri

1480
SHARE

Norma Baru : Disiplinkan Diri

1. Seperti mana yang semua sedia maklum, kerajaan telah melonggarkan perintah kawalan pergerakan ( PKP ) dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang mana lebih banyak pusat perniagaan dibenarkan beroperasi dan sekatan jalan raya juga semakin dikurangkan.

2. Keadaan ini bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi rakyat. Ada yang masih bimbang penularan penyakit bakal berleluasa, dan ada yang menarik nafas lega kerana syarikat yang sudah dua bulan ditutup bakal beroperasi.

3. Dewan Muslimat PAS Malaysia merasakan norma baru atau “new norm” ini harus disambut baik oleh semua pihak. Kerajaan hari ni sedang memudahkan kembali hidup rakyat agar tidak merasa susah dan sesak menjalani kehidupan namun pada masa yang sama dapat menjaga diri sendiri. Langkah-langkah penjagaan diri seperti memakai penutup mulut apabila keluar rumah, kerap mencuci tangan dan sentiasa membawa “hand sanitizer” juga harus diteruskan.

Selain dari itu, rakyat masih harus menimbang untuk tidak keluar rumah sewenang-wenangnya serta mengelakkan dari membawa anak kecil, warga emas dan mereka yang berisiko tinggi. Para Ibu yang bekerja juga diminta untuk memeriksa taska yang beroperasi untuk penjagaan anak ketika bekerja agar selamat dan mengamalkan semua langkah pengekangan wabak Covid -19.

4. Apa yang harus ditekankan kita semua harus belajar untuk mengawal keinginan dan kemahuan diri sendiri. Hanya keluar untuk memenuhi tuntutan keperluan kehidupan dan bukan keluar kerana kehendak dan keinginan.
Para majikan pula boleh mengaturkan urusan kerja dari rumah jika bersesuaian. Pergerakan keluar masuk yang ramai akan mendatangkan risiko. Kes-Kes Covid 19 yang dilaporkan dalam tempoh seminggu ini masih bersifat penularan setempat.

5. Walaubagaimanapun, Dewan Muslimat PAS Malaysia menerima baik cadangan kerajaan untuk menimbang keputusan ini sekiranya rakyat dilihat tidak bersedia dan jika kembali berlaku peningkatan semula bilangan pesakit positif Covid 19. Terima kasih kepada pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang sentiasa proaktif dan mengingatkan rakyat untuk terus berada di rumah dan menjaga kesihatan.

#dudukRumah #staysafe #stayAtHome
#kitaJagaKita #IslamMemimpinWanitaSejahtera

DrNajihatussalehah bt Ahmad.
Ketua Penerangan.
Dewan Muslimat PAS Malaysia
5.5.2020
12 Ramadan 1441