Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (5 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

742
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 5 Mei.

Menurut laporan itu tiada kes baharu dan tiada kes kematian baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam.

Laporan itu juga menyatakan 16 kes sembuh semalam iaitu 13 dari kategori kes import, satu di Mukim Chabau dan dua dari Mukim Jasin. Kedua-dua Mukim Chabau dan Jasin berada di dalam Daerah Jasin.


Berikut ialah butir laporan penuh kes yang masih dalam rawatan Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 43 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 4 orang
• Jasin : 12 orang

Kes baharu : TIADA
Kes sembuh : 160 orang (16 org sembuh)
Sedang dirawat : 43 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim :-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 1
Balai Panjang : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 25 (13 sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 2
Sungai Siput : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 28

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 1 (1 sembuh)
Chohong : 1
Jasin : 5 (2 sembuh)
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang pada 5 Mei.

Menurut laporan itu, jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,383 kes dengan kadar kesembuhan 71.55 peratus bersamaan 4,567 kes dan kadar kematian 1.66 peratus atau 106 kes kematian.

Jumlah kes positif baharu semalam yang dilaporkan adalah sebanyak 30 kes. Jumlah ini berkurangan berbanding 55 kes kelmarin. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,383 kes.

Hanya tiga negeri sahaja yang mencatatkan kes baharu semalam iaitu Selangor lima kes, Sarawak dua kes dan Kuala Lumpur 23 kes. Negeri lain tiada kes baharu.

KKM juga melaporkan bahawa terdapat satu kematian baharu semalam. Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita sebanyak 106 kes.

KKM dalam laporannya juga menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan dan perlu mengekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6383
Kes Baharu : 30
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1710
Kes ICU : 24
Kes Sembuh Baharu : 83
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 4567
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 106


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)