Oleh : Muhamad Abdul Fateh
SHAH ALAM 15 Julai: Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera dengan kerjasama Syabab Care Malaysia melaksanakan program ibadat korban sempena Hari Raya Aidiladha dalam dan luar negara.
Dalam tempoh tersebut hanya dua tahun tidak diadakan program terbabit akibat pandemik Covid-19.
Pengerusinya, Muhamad Asri Abdul Wahid berkata, program kali ke-2 tersebut melibatkan tiga negara terbabit dengan mengambil kira faktor kemiskinan dan jarang menerima bantuan kemanusiaan pihak luar.
Katanya ibadah korban dan akikah tersebut diketuai aktivis Syabab Care Malaysia setelah program serupa tertangguh selama dua tahun akibat penularan wabak Covid-19.
“Harga satu bahagian di negara terbabit masih murah iaitu lembu bernilai RM390 hingga RM900,”
Sementara itu, Asri berkata, program ini diharapkan dapat membantu 400 penerima terutama yang berada dalam kalangan keluarga asnaf, mereka yang uzur dan penduduk setempat yang kurang berkemampuan.
“Program sebegini diharapkan dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui amal jariah dan secara tidak langsung meningkatkan ilmu serta kesedaran dalam membantu masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Tambah beliau, bantuan disalurkan melalui program sebegini bertepatan dengan semangat sambutan Hari Raya Aidiladha apabila umat Islam digalakkan bersedekah bagi insan memerlukan dalam membantu mereka memerlukan meneruskan kehidupan.