Home Artikel PAS Wilayah

PAS Wangsa Maju Peduli Rintihan Rakyat

362
SHARE

Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi

WANGSA MAJU : Rintihan lebih 20 keluarga asnaf termasuk yang terputus bekalan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diambil perhatian oleh PAS Kawasan Wangsa Maju yang telah tampil memberikan bantuan.

Sumbangan barangan dapur seperti beras, telur, minyak dan mee telah disampaikan kepada penduduk sekitar Blok B dan D Taman Melati oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Azhar Omar dan Ketua Cawangan PAS Apartment Kenari, Mishadi.

“Sumbangan ini merupakan siri ketiga bantuan PAS Wangsa Maju kepada asnaf dan yang terputus bekalan makanan.

“Kami masih mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada semua yang bersimpati agar kita dapat membantu lebih ramai keluarga yang terjejas ini”, ujar Azhar.

Menurut beliau lagi, sumbangan berkenaan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Tentuan PAS Kawasan Wangsa Maju bernombor 14032010019554 dengan meletakkan perkataan ‘Covid-19’ sebagai rujukan.

Tambahnya juga, PAS Wangsa Maju akan mengadakan beberapa kali lagi siri penyerahan bantuan dalam tempoh PKPB ini bagi membela nasib mereka yang kesusahan.