Home Berita PAS Sarawak

“Ngenegapka Tanggam Kaul” menyemarakkan hubungan rakyat dan PAS Sarawak

109
SHARE

Petra Jaya, 3 Dis – PAS Sarawak sekali lagi bersama rakyat etnik Iban dan beberapa etnik lain di dalam program “Ngenegapka Tanggam Kaul” yang bermaksud Jalinan Persaudaraan Ukhuwah di Kampung Siol Kandis ahad lalu. Program tersebut bertujuan merapatkan hubungan antara parti PAS dan penduduk disamping mengetengahkan pelbagai aktiviti termasuk kanak-kanak.

Turut hadir ialah Rasidi Harun Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Nuzul Azman, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sarawak, Umi Habsah, Timbalan Ketua Muslimat PAS Sarawak dan Nurliyana, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Sarawak.

Pelbagai aktiviti bersama masyarakat termasuk mewarna, sukaneka dan caburan bertuah. Pemeriksaan kesihatan juga turut disediakan bagi memudahkan penduduk untuk mengetahui tahap kesihatan semasa. “PAS selalu mengambil berat dan menyantuni kami dan kami juga tidak pernah lupa akan PAS,” kata Lukman Abdullah mewakili penduduk Kampung Siol Kandis.


“PAS Sarawak telah menyantuni penduduk tersebut selama puluhan tahun tanpa mengira bangsa dan agama,” ujar Rasidi. Tambah beliau, “PAS tidak pernah mengamalkan ajaran ekstremisme seperti Taliban dan berharap tidak terpengaruh dengan propaganda luar yang cuba menjatuhkan PAS. Malah PAS bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sentiasa cakna kebajikan rakyat”.

Lebih 40 buah sumbangan berupa barang keperluan dapur turut diberikan kepada penduduk berkenaan termasuk beberapa orang asnaf dan muaallaf. Program rakyat tersebut berjaya mencuri hati penduduk yang juga mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama jiran-jiran di dalam suasana yang ceria dan harmoni.