Home Berita PAS Pahang

Usrah gabungan mantapkan kekuatan muslimat Indera Mahkota

35
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 5 Dis: “Usrah merupakan salah satu dari elemen penting dalam membentuk keutuhan sesuatu jemaah.

“Walaupun ianya ringkas, namun susah untuk dijayakan kerana memerlukan komitmen sepenuh masa dan menuntut supaya kita menghadirkan diri tanpa gagal.

Begitulah kata-kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Andansura Rabu ketika merasmikan Usrah Gabungan anjuran Dewan Muslimat PAS kawasan Indera Mahkota (DMPIM) di Dewan Ibnu Sina Balok di sini kelmarin.

Tambah beliau yang juga sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, manhaj yang terkandung dalam usrah dapat membentuk jemaah menjadi satu pasukan yang kuat dan berkesan dengan adanya halatuju yang satu untuk dicapai.

Sementara itu, Pengarah Program Ustazah Hamidah Daud berkata objektif program ini adalah untuk mengumpul semua ahli usrah PAS DMPIM yang terlibat usrah di pelbagai peringkat.

Selain untuk mengerat dan memupuk silaturahim di kalangan ahli usrah, ianya juga dapat nemberikan penerangan yang jelas mengenai konsep tasawur Islam dalam kehidupan mereka sebagai anggota jemaah.

Beliau yang juga sebagai Ketua Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan DMPIM dan Naib Ketua DMP Negeri Pahang berharap semoga program ini dapat menyuntik kesedaran kepada ahli usrah tentang keperluan melibatkan diri secara aktif dalam jemaah PAS.