Home Artikel PAS Johor

Nenek Uzur Tekad Jaga Anak Mental dan Saraf Jadi Perhatian NGO Mersing

75 views
SHARE

Nenek Uzur Tekad Jaga Anak Mental dan Saraf Jadi Perhatian NGO Mersing

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Mersing : Tidak sampai seminggu selepas NGO Persatuan Kebajikan Cakna Mersing mendedahkan kisah kehidupan Manis Awang Sulaiman, 72, akhirnya kisah ketabahan nenek ini mendapat perhatian umum.

Pengorbanan Manis Awang Sulaiman atau lebih mesra dipanggil nenek melalui kehidupan perit apabila terpaksa berteduh di rumah usang bersama seorang anak yang menghidap penyakit mental dan saraf.

Selain itu, beliau yang kematian suami hampir 20 tahun lalu bergantung hidup dengan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 300 sebulan.

“Nenek tidak mampu lagi bekerja, hanya menumpang rezeki hasil daripada pendapatan cucu berjumlah RM900 sebulan selain anak perempuan yang turut bekerja iaitu ibu kepada cucu perempuan nenek itu.

Selain itu turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan,” ujarnya ketika bercerita berkenaan anak perempuannya yang juga ibu tunggal dan cucu.

Menyedari akak keperitan nenek ini, presiden NGO Cakna Mersing, Roslan Nikmat berkata, sekiranya mana-mana pihak ingin menghulurkan sumbangan boleh berhuhung dengan beliau pada talian 019 9587979 untuk mendapatkan nombor akaun.

Harapan beliau semoga kisah Nenek Manis ini dapat membuka mata masyarakat sekali gus meningkatkan lagi kesedaran umum untuk turut sama membantu orang yang memerlukan.