Home Artikel PAS Perak

Negarawan Islam Berkarisma Membina Tanahair

179 views
SHARE

Syarahan Perdana yang disampaikan oleh Pengerusi Gagasan Sejahtera, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang jelas memperlihatkan kesungguhan seorang tokoh negarawan Islam untuk membawa satu perubahan kepada tanah air berlandaskan syariat seiring dengan keperluan semasa.

Ia membawa satu aspirasi buat rakyat Malaysia dengan tawaran membumi kepada masyarakat bahkan menyentuh pelbagai segmen agar erti kesejahteraan dinikmati bersama jauh sekali bermatlamatkan mengejar kuasa semata-mata.

Intipati ucapan Tuan Guru sarat dengan garis panduan bagi memperbaiki segala permasalahan yang berlaku demi menjamin kesejahteraan negara .

Penjuru kehidupan rakyat dilihat perlu membawa suatu perubahan seperti pendidikan, keselamatan, ekonomi, pembangunan modal insan, pendidikan , prasarana rakyat, memelihara pemikiran anak muda dan pelbagai skop masyarakat.

Dasar urus tadbir negara memerlukan satu budaya pengurusan telus dengan menitik beratkan penilaian antara dosa dan pahala.

Kerjasama politik yang harmoni dengan gaya politik lebih menumpukan keperluan rakyat serta mencapai nilai penerapan kesejahteraan dalam kehidupan.

Fokus membaik pulih sistem tadbir urus diberikan keutamaan melalui alternatif tanpa membebankan rakyat seperti pelaksanaan GST dan dasar ekonomi negara yang tidak dicemari dengan unsur rasuah serta ketirisan

Segar membugar kekusutan konflik yang melanda negara apabila mendengar solusi Islam menjadi dasar sandaran.

Membina sebuah negara tidak hanya pada coretan mukabuku dan lantang bersuara di pentas debat namun lebih utama usaha ke arah membangunkan lena rakyat yang terpesona dengan kelekaan janji palsu bermusim.

Tuan Guru menjelaskan kurniaan nikmat di bumi Malaysia mampu dinikmati rakyat seandainya landasan urus tadbir mementingkan perkongsian bersama.

Konflik yang melanda negara sebagai penanda aras perlunya satu garis panduan hidup agar ianya melahirkan keberkatan serta rahmat Allah SWT memayungi kehidupan .

Kesungguhan Tuan Guru sebagai tokoh negarawan dapat dilihat apabila beliau sentiasa mengingatkan gaya berpolitik yang indah tanpa disulam fitnah dan pertelagahan berpanjangan.

Kelemahan yang ada sewajarnya diperbaiki namun jika ia terus membarah rakyat diberikan peluang memilih legasi pentadbiran lebih komited membawa aspirasi negara ke arah lebih baik.

Penyertaan PAS dalam pilihanraya membuktikan bahawa PAS menghormati amalan demokrasi di Malaysia malahan PAS tidak berputus asa meletakkan calon dalam pilihanraya .

Amalan memburukkan sesama sendiri dan menjatuhkan rakan lawan bukan acuan PAS kerana akhlak dibentuk PAS membawa rakyat memahami kemurniaan politik Islam mampu mentadbir sebuah negara dengan baik.

Kepercayaan rakyat diterjemahkan dengan usaha memastikan tahap kualiti kehidupan rakyat terjamin dan tidak hanya dimanfaatkan untuk kepentingan tertentu sahaja.

Kejelekkan politik dipertontonkan sehingga wujud pemikiran bahawa politik tidak perlu diberikan perhatian akhirnya mereka mengambil keputusan ia tiada keperluan untuk terlibat bahkan lebih malang mengambil enteng krisis negara.

Stigma ini lahir dalam pemikiran generasi muda sekaligus menjerut leher mereka untuk berani bersuara menyatakan kebenaran.

Zulhafeeez Ahmad Zahidi

*Penulis merupakan Exco Pemuda PAS Perak dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Ipoh Barat.