Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kesusahan Bukan Halangan Mencari Ilmu

885
SHARE

Pusat Pendidikan Luqmanul Hakim yang lebih dikenali dengan nama Pondok Pitas telah mula beroperasi pada tahun 2013.

Pondok Pitas ini diasaskan oleh Puan Dausieh Queck setelah beliau sering menerima jemputan masyarakat untuk mengadakan kelas pengajian hampir setiap minggu di kawasan sekitar.

Pondok ini bukan sahaja dikhususkan untuk golongan muallaf mempelajari ilmu asas Fardhu Ain, malah kanak-kanak dan dewasa juga sering datang ke sini untuk mendalami ilmu agama kerana mereka sememangnya tinggal di kawasan pedalaman yang membataskan pergerakan mereka untuk keluar mencari ilmu.

Inisiatif ini mendapat perhatian daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) setelah Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh serta Pengerusi Lajnah Dakwah DMPM, Dr. Mardhiyah Hayati Salleh pergi melihat sendiri suasana pembelajaran di pondok ini.

Ternyata, kesusahan dan kekurangan tidak pernah menjadi halangan kepada mereka untuk menuntut ilmu. Justeru, pihak DMPM berbesar hati mengajak semua masyarakat untuk sama-sama menyumbang kepada Pondok Pitas bagi memudah dan melancarkan urusan mereka di sini untuk menimba ilmu.

Keperluan dana yang diperlukan sekurang-kurangnya RM 100,000 untuk pengurusan dan pembangunan Pondok Pitas. Semoga sedikit perkongsian kita dapat memudahkan jalan bagi mereka menuntut ilmu yang tak berpenghujung.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

MAYBANK:
DMPP 5640 2540 0711

atau

BANK ISLAM:
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT 1404 1010 03 7673

Sila tulis ‘Pondok Pitas’ sebagai rujukan sumbangan.

Sila maklumkan sumbangan anda kepada:
Pn. Raba’ah Adawiah
WhatsApp : 014-5218223
(Pengurus kewangan LD DMPM)