Home Artikel PAS Perak

Antara Politik Bersandar Dan Politik Bertunjang

240 views
SHARE

Persada politik seharusnya dipandu oleh teras kefahaman menguruskan sesuatu perkara serta matang berhadapan dengan warnanya yang pelbagai jika tidak ia pasti akan menampakkan kejahilan melingkari minda sebenar.

Politik bersandar dengan kepentingan peribadi atau keperluan tertentu semestinya bakal dilambung gelombang kuat ketika tempat bersandarnya mula goyah dan rapuh.

Tiada prinsip ampuh menjadi dasar sebaliknya berubah kerana mengejar satu matlamat di awangan. PH begitu angkuh menyatakan bahawa mereka menghidangkan solusi terbaik buat rakyat.

Hakikatnya keadaan sebenar hanya bersandarkan pada teori dangkal dan sombong bagi menutupi kelemahan yang berlaku. Perkara mereka laungkan tidak membumi di tanah hanya persembahan opera maya seakan hiburan seloka tayangan sekeluarga.

Inilah politik bersandar yang diamalkan demi kepentingan namun bila menyedari kecetekkan idea mereka dicanang tanpa segan silu menghalakan sasaran kepada kebenaran walaupun mereka tahu ia memang sebuah kebenaran.

Mahathir dulu dicemuh kerana kerakusan meratah aset negara tetapi kini dijulang penyelamat negara pula, GST dulu ditentang dengan mekanisme yang diciptakan namun kini cuba menodai idea PAS demi meranapkan kebneran atas landasan syariat.

PAS tampil mendidik masyarakat mengenal intipati politik bertunjang , membujur lalu melintang patah datang sahaja tribulasi pelbagai wajah namun PAS terus komited dipasak syariat serta kepercayaan Maha Pencipta.

Diasak dengan racun dan parasit yang menabur nista serta cemuhan PAS tekad melangkah hingga tunjang mereka mampu membumikan di tanah Kelantan.

Menghidangkan gaya berpolitik dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera lantas paradigma penggerak PAS memacu tampil membawa solusi melalui Dokumen Hijau menjadi bukti PAS serius menerapkan paksi Islam sebagai penyelesaian negara tuntas.

Tidak bernoktah di situ Wawasan Induk Negara Sejahtera WINS 2051 lahir atas kepekaan PAS membawa tanah air ke arah satu tahap kesejahteraan yang memupuk rakyat dan pimpinan mengenal erti kehidupan berlandaskan Al-Quran.

Asakkan yang diterima PAS tidak sekali menggoyahkan prinsip politik PAS kerana tunjang dipasakkan subur dalam tanah perjuangan biarpun hujan dan panas silih berganti.

Berbeza pula dengan PH yang terkontang kanting mencari jejak walaupun terpaksa mengakui musuh sebagai rakan seperjuangan malah lebih parah batasan logik akal mereka mula dihiasi keindahan bongkak untuk mengakui kebenaran.

Catatan Pandang Sisi 
Ameerul Haq
Ahli PAS Cawangan Tasek Jaya