Home Berita PAS Perak

Nasihatku untuk Ketua Puteri,

252
SHARE

Nasihatku untuk Ketua Puteri,

Belajarlah dari resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk,
Janganlah cepat membangga diri,
Orang berakhlak itu tawadhu’.

Teman yang baik menjaga bicara,
Tidak mencela sewenang-wenang,
Budi dihargai salah faham dirahsia,
Biar kalah mahupun menang.

Siakap senohong gelama ikan duri,
Adab bersahabat menjaga hati,
Jangan bersikap meninggi diri,
Menang itu atas izin Ilahi.

Cantik hanya pandangan mata,
Budi bahasa dinilai orang,
Jika angkuh berkata-kata
Kelak diri hidup seorang.

Andai diri tak boleh ditegur,
Kalau ditegur marah jadinya,
Jika bahasa bercampur lumpur,
Sahabat menjauh kawan tiada.

Apabila di hulu tiada tenang,
Di hilir sahaja sampan berlabuh,
Apabila selalu menista orang,
Akhirnya saudara menjadi musuh.

Rosak tiang kerana condong,
Tiang condong cepat jatuhnya,
Rosak orang kerana sombong,
Orang sombong cepat jatuhnya.

Nur Farhana Omar
Pengarah Ameerah Negeri Perak
Jumaat | 18 MAC 2022