Home Berita PAS Perak

Kesungguhan Muslimat bukti taat setia pada parti

62
SHARE


Oleh: Danisya Ismail

TAMBUN: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun komited menjayakan program tarbiyah secara konsisten setiap minggu bagi memperkukuh kefahaman dan silaturrahim sesama ahli, demikian jelas Ketua Dewan Muslimat PAS Tambun, Yusmaliza Yusof.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat selaku Ketua Muslimat di dalam program munajat akifi anjuran Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun yang berlangsung secara atas talian, semalam.

Yusmaliza di dalam ucapannya turut berkata, pihak beliau amat berpuas hati dengan kesungguhan ditunjukkan Muslimat Tambun yang turut sama menyumbang tenaga kerja sebagai petugas dan jentera PAS di dalam Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

“Ini merupakan satu bukti kesungguhan yang ditunjukkan muslimat. Meski berhadapan ancaman Covid, namun ia tidak menjadi halangan untuk kita turun padang membantu gerak kerja PRN.

“Bukan itu sahaja, (malah) ada juga yang sanggup memberi sumbangan wang ringgit untuk melancarkan gerak kerja dan kebajikan untuk petugas yang terlibat. Inilah bukti kesungguhan dan taat setia kita kepada perjuangan,” ujarnya.

Pesan Yusmaliza, Muslimat PAS Tambun khususnya hendaklah sentiasa bersiap-siaga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 antaranya merancang gerak kerja sempena Ramadan dengan memperbanyak program kebajikan bagi mendekati pengundi sekitar Tambun.

Dalam pada itu, Yusmaliza turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan tahniah bagi meraikan kejayaan guru-guru PASTI Tambun yang telah bergraduasi sebagai pemegang Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak baru-baru ini.

Antara guru PASTI kawasan Tambun yang diraikan ialah Siti Rahewa Syed Shamsudin, Zanah Jalil, Noraini Mohamed, Norhanida Sudin, Norasyikin Sulong dan Siti Rahayu Hassan.