Home Berita PAS Kedah

Nasib mangsa langgar lari dapat perhatian ADUN Tanjung Dawai

104
SHARE

TANJUNG DAWAI – Nasib seorang mangsa langgar lari yang terlibat dalam kejadian kemalangan tiga bulan lalu, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali di kediamannya di sini, hari ini.

Menurut Ustaz Hanif, kemalangan itu telah mengakibatkan anak muda yang berusia 20 an hilang separuh tempurung kepala, manakala limpanya dibuang selain tulang rahang, dada dan tangan patah.

“Semoga beliau dikurniakan kesembuhan  dan dapat menjalani kehidupan normal kembali, juga didoakan agar isteri, emak dan keluarganya dapat bersabar dengan ujian yang berlaku,” ujarnya.

Di samping itu, ADUN Tanjung Dawai turut menyampaikan sumbangan kepada isteri dan emak mangsa.

Turut hadir, petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai, dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Merbok.