Home Berita PAS Kedah

Nasib ibu tunggal kemalangan dapat perhatian

76
SHARE

Oleh TASNIM

PADANG SERAI – Nasib seorang ibu tunggal di Taman Lagenda yang terlibat dalam kemalangan dapat perhatian Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai, Isnin lalu.

Akibat kemalangan jalanraya yang menimpa Puan Nurhafiza, beliau mengalami kecederaan patah di bahagian paha, bahu dan dada.


PAS Kawasan Padang Serai berkata, pihak mereka amat memahami nasib yang menimpa Puan Nurhafiza.

“Puan Nurhafiza mempunyai enam orang anak yang masih dalam tanggungan, dalam masa yang sama perlu membayar sewa rumah berharga RM400 sebulan.

“Lajnah Kebajikan membawa sedikit sumbangan bantuan yang diharapkan mampu meringankan lagi beban yang ditanggung beliau,” ujarnya.