Oleh: Muhammad Hadi
KANGAR : Demi menambah penghayatan umat Islam terhadap dua peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis akan menganjurkan Sambutan Badar Al-Kubra dan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Perlis.
Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) di sini bakal menjadi lokasi program yang dijadualkan akan diadakan pada 21 Mei 2019, bersamaan dengan 16 Ramadhan nanti.
Pelbagai acara bakal diadakan antaranya iftar jama’ie, slot taujihat, solat Sunat Tarawih secara berjemaah dan jamuan moreh.
Acara kemuncak program pula adalah Ceramah Perdana dan Qiyamullail Perdana yang akan berlangsung pada awal pagi keesokan harinya.
Oranr ramai dialu-alukan hadir untuk bersama-sama memeriahkan sambutan itu nanti.