Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Surah al Waqiah Siri 6

156 views
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Al Quran ๐Ÿ““๐Ÿ““
Surah Al-Waqi’ah: Siri 6

Ayat: 15-16 : Gambaran Syurga bagi Golongan Al-Sabiqun

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุณูุฑูุฑู ู…ูŽู‘ูˆู’ุถููˆู†ูŽุฉู – ูกูฅ

Mereka duduk (di dalam syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata

ู…ูู‘ุชูŽู‘ูƒูุฆููŠู†ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ู…ูุชูŽู‚ูŽุงุจูู„ููŠู†ูŽ – ูกูฆ

Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

๐Ÿ“– Tafsir ringkas:

1. Allah SWT menjelaskan apa yang telah Allah persiapkan di dalam syurga bagi al-sabiqun al-muqarrabun yang semasa di dunia mereka merupakan orang-orang yang berlumba-lumba dalam kebaikan serta tetap teguh dalam ketaatan dan mentauhidkan Allah.

2.Digambarkan bahawa di dalam syurga, golongan ini akan duduk di atas takhta yang ditenun dengan menggunakan benang-benang emas, yang dihiasi dengan mutiara dan permata serta batu zamrud. Mereka berbahagia selamanya dan hanya berseronok- seronok sahaja di atas pelamin tersebut sambil melihat segala keindahan syurga itu dengan penuh ketenangan dan kerehatan.

3. Mereka yang berada di takhta tersebut serta penghuni syurga saling bertemu di antara satu sama lain sambil mensyukuri nikmat yang mereka terima. Malah semuanya duduk di barisan hadapan, iaitu tidak duduk di belakang orang lain.ย Iaitu wajah sebahagian dari mereka berhadapan dengan wajah sebahagian yang lain, tiada seorang pun yang berada di belakang yang lainnya.

๐ŸŽ€ Pengajaran

1. Dalam kita sibuk melaksanakan tugasan harian, pasti akan ada yang merasa letih, penat dan stress yang kita hadapi sehinggakan mungkin ada kewajipan kita sebagai seorang muslim yang terabai. Jadi, sangat perlu untuk kita muhasabah diri serta memotivasikan diri sendiri setiap hari untuk terus membuat kebaikan dan kebajikan dalam meraih redha Allah ikhlas
semata-mata kerana-Nya dalam setiap amal kita agar kita benar-benar layak untuk masuk ke syurga-Nya.

2. Ketika dibebani tugas yang berat serta amanah agama yang mencabar, jadikanlah Al-Quran yang penuh dengan janji-janji syurga sebagai hiburan kerana perjuangan menegakkan kebenaran pasti penuh ranjau dan kepenatan. Tempat berehat hanyalah di syurga. Sesungguhnya sesiapa yang memasuki syurga, mereka akan bersenang-lenang di atas pelamin yang indah, beristirehat sepanjang masa sambil melakukan apa sahaja yang disukai dan apa sahaja yang dipandang terus menjadi miliknya.

3. Janganlah terpesona dengan nikmat dan kemewahan hidup di dunia sehingga kita terlalai daripada melunaskan tanggungjawab hamba kepada agama dan Tuhannya kerana kenikmatan itu hanya sementara malah boleh membinasakan. Sedangkan semua kenikmatan yang terdapat di dalam syurga merupakan kenikmatan abadi yang belum pernah kita rasai di dunia ini. Ia merupakan suatu kenikmatan yang berada di luar jangkauan akal dan tidak mampu dibayangkan oleh fikiran kita yang terbatas.

4. Kita sebagai seorang manusia yang mempunyai tahap keimanan yang bersifat turun dan naik ini seharusnya sentiasa mentadabbur ayat-ayat suci Al Quran khasnya berkaitan pelbagai nikmat syurga agar hati kita sentiasa terbuka dan tertarik untuk melakukan amal soleh.

5. Sampaikan keindahan Islam kepada semua manusia, mudah-mudahan menjadi asbab untuk kita saling bertemu, berhadapan dan berbahagia di syurga bersama.

๐Ÿ“š Rujukan:
Tafsir Ibnu Kathir
Tafsir Al-Wajiz

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
11 Mei 2019 / 6 Ramadhan 1440