Home Berita PAS Kedah

Naik taraf klinik kesihatan Parlimen Kuala Kedah

41
SHARE

Khidmat kesihatan yang baik menjadi tanggungjawab pihak KKM bagi menyediakan perkhidmatan yang ideal untuk komuniti di luar sana.

Klinik kesihatan yang kondusif dan selesa menjadi impian seluruh masyarakat. Perkara ini tidak terkecuali bagi rakyat di Parlimen Kuala Kedah untuk mempunyai perkhidmatan kesihatan yang sempurna.

Pertambahan perumahan dan penduduk seluruh parlimen akan memberikan refleks yang besar terhadap perkhidmatan kesihatan.

Justeru itu, dalam sesi sidang parlimen baru-baru ini saya telah menyuarakan risiko dan kebimbangan terhadap khidmat kesihatan untuk masa hadapan. Maka, saya telah menyarankan agar KKM mempunyai perancangan untuk menaik taraf klinik kesihatan dalam parlimen Kuala Kedah.

Susulan itu, kami telah menerima jawapan dari pihak KKM secara lisan. Pihak kementerian menyatakan bahawa terdapat usaha-usaha yang sedang dijalankan bagi menaiktaraf klinik kesihatan di kawasan Kuala Kedah seperti menjalankan kerja naik taraf bangunan, sistem kejuruteraan & infrastruktur.

KKM turut mengemukakan naik taraf klinik kesihatan Kota Sarang Semut dalam Rolling Plan 4 (2024) yang mana klinik ini terletak dalam daerah Kota Setar dan Parlimen Kuala Kedah.

Dalam konteks yang luas, saya berharap agar pihak KKM meneliti semula dengan lebih mendalam. Oleh kerana, dalam Parlimen Kuala Kedah mempunyai banyak buah klinik kesihatan.

Kita mengharapkan klinik di kampung-kampung lain tidak dianak tiri serta mampu diselenggara sebaik-mungkin, seterusnya memberikan manfaat pada rakyat kelak.

“Nafas Baru Kuala Kedah”

“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”

YB Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi

Ahli Parlimen Kuala Kedah