Home Berita PAS Kedah

Naib YDP santuni warga emas, penduduk kuarantin

87
SHARE

ALOR SETAR – Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Abdul Basir Ahmad hadir menziarahi seorang warga emas, Encik Hashim di Kampung Telaga Juan, semalam.

Melihat keadaan Hashim yang terlantar meruntun hati Abdul Basir untuk turun sendiri menyantuni dan menyampaikan sumbangan bagi menampung keperluan harian.

Dalam masa yang sama, Abdul Basir yang juga merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan turut menziarahi penduduk yang menjalankan kuarantin kendiri di rumah masing-masing.

Bantuan kuarantin ini diberikan kepada Maimunah Yusof di Kampung Kubang Jambu.