Home Artikel PAS Sabah

Naib Presiden PAS rasmi SMITI Al-Hafidz KK

411
SHARE

Oleh: AMIRUDDIN MOHD ROSDI

KOTA KINABALU: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Haji Ahmad telah merasmikan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Al-Hafidz Kota Kinabalu di sini, semalam.

SMITI Al-Hafidz KK merupakan sekolah menengah sulung di bawah PAS Sabah dan akan mula beroperasi pada tahun 2020.

Hadir sama dalam majlis perasmian ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Mohd Aminuddin Aling, Penasihat SMITI Al-Hafidz KK, Dr. Aliakbar Gulasan dan Pengerusinya, Ustaz Mohd Tarmizi Yahya.

Ustaz Mohd Tarmizi yang juga Pengarah SMITI Sabah dalam ucapannya mengharapkan sokongan dan dukungan daripada semua pihak untuk menjayakan agenda dan jihad pendidikan di Sabah.

Dalam ucapan perasmian, Ustaz Idris menzahirkan ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa SMITI Al-Hafidz KK kerana menjadi antara negeri pertama yang berjaya menubuhkan SMITI di Malaysia.

“PAS akan menjadi sebuah gerakan yang menggerakkan masyarakat dan bertanggungjawab dalam bidang akademik yang tidak bergantung kepada kerajaan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, penubuhan SMITI merupakan usaha yang tidak bermusim dan berterusan. PAS bukan sahaja terlibat dalam siasah tetapi juga gerakan dakwah yang menjadikan agenda pendidikan sebagai keutamaannya.