Home Berita PAS Pusat

Muzakarah Online Lajnah Dakwah PAS Pusat 2021

98
SHARE

Muzakarah Online Lajnah Dakwah PAS Pusat 2021

Bagi pihak Lajnah Dakwah PAS Pusat, kami ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pimpinan dakwah semua peringkat pusat, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, negeri-negeri serta kawasan-kawasan yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik dalam memastikan kejayaan program Muzakarah Online Lajnah Dakwah PAS Pusat yang julung-julung kalinya dibuat secara dalam talian.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. al-Fadil Ustaz Haji Nasrudin Hassan, Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat atas kesudian menjadi Naqib dengan syarahan yang bertajuk “Kitab Syarah Lagu PAS”.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada AJK Jabatan Dakwah PAS Pusat dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu pelaksanaan program ini.

Untuk makluman, ahli yang terlibat dengan Muzakarah terdiri daripada seluruh AJK dakwah disemua peringkat sehingga kawasan seluruh Malaysia. Program ini diadakan setiap hari Ahad malam Isnin iaitu minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Alhamdulillah, Muzakarah ini telah selesai dua siri bermula siri pertama bertarikh 4 April 2021 dan siri kedua bertarikh 18 April 2021. Kami berharap program ini dapat dihebahkan lagi ke AJK dakwah dewan/negeri/kawasan masing-masing.

Di kesempatan ini, kami memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang pengendalian program ini. Jika ada yang belum mendaftar, boleh rujuk terus Pengerusi Lajnah Dakwah Negeri masing-masing termasuk muslimat dan pemuda.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati segala usaha kita.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Muhammad Amirul Mukminin Hj Ayub
Setiausaha
Lajnah Dakwah PAS Pusat