Home Berita PAS Perak

Mutiara Kata Syeikh Muhammad Al-Ghazali

1542
SHARE
موتيارا كات الشيخ محمد الغزالي
MUTIARA KATA SYEIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI
Saya berkata kepada seorang lelaki yang terbiasa meminum arak :
“Mengapa tidak kamu bertaubat kepada Allah?”
Lalu dia melihat kepada saya dengan perasaan lemah dan air matanya mengalir sambil berkata :
“Berdoalah kepada Allah untuk saya”
Saya perhatikan keadaan lelaki tersebut dan hati saya tersentuh…
Tangisannya menunjukkan dia sangat terasa terhadap kecuaiannya kepada Allah dan bersedih kerana melanggar arahanNya serta ada keinginan untuk memperbaiki hubungannya dengan Allah…
Sungguh dia adalah orang yang beriman tetapi dia sedang diuji…
Dia mencari keselamatan dari musibah ini dan meminta saya mendekatkannya kepada perkara itu…
Saya berkata kepada diri saya sendiri :
Boleh jadi keadaan diriku adalah sama sepertinya atau lebih teruk…
Benar saya tidak pernah meminum arak kerana suasana kehidupan saya tidak pernah mengenal arak…
Akan tetapi boleh jadi saya terminum arak kelalaian sehingga saya lalai dari Tuhan saya dan lupa hak-hakNya…
Dia menangis kerana kecuaiannya sedangkan orang seperti kita tidak menangis atas kecuaian kita, boleh jadi orang seperti kita sebenarnya yang terpedaya…
Lalu saya pergi semula kepada lelaki yang meminta saya berdoa supaya dia meninggalkan arak dan berkata kepadanya :
“Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah (Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami jika Engkau tidak mengampunkan dosa-dosa kami nescaya pastilah kami akan termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi)”. Al A’raf ayat 23.
Apabila Allah memilih kamu untuk melalui jalan hidayah bukanlah bermakna kamu seorang yang istimewa atau disebabkan ketaatan kamu…
Bahkan ianya adalah rahmat dariNya yang meliputi kamu dan Dia boleh mencabutnya dari kamu bila-bila masa…
Oleh kerana itu janganlah kamu terpedaya dengan amalan dan ibadat kamu dan jangan kamu memandang rendah terhadap orang yang tersesat dari jalan Allah, kalaulah tidak kerana rahmat Allah sudah tentu kamu berada di tempatnya…
Jangan sekali-kali kamu menyangka keteguhan kamu di atas jalan yang benar adalah pencapaian peribadi kamu semata-mata…
Jika Allah berfirman kepada penghulu seluruh manusia Nabi Muhammad SAW :
“Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka.” Al Isra’ ayat 74.
Bagaimana pula dengan kamu???…Image may contain: 1 person, beard, glasses, hat and close-up