Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – Pilihanraya PBT Hanya Bazirkan Wang, Tenaga Dan Masa

452
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah sekeras-kerasnya cadangan untuk diadakan kembali pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setelah mana kali terakhir ia diadakan pada 1965 sebelum digantung kerana sebab mengurangkan risiko perpecahan kalangan kaum.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini tidak perlu membawa agenda dalam manifesto PH apatah lagi jika perkara tersebut jelas mengundang impak negatif. Malah kesungguhan DAP dalam usaha mengembalikan pilihanraya PBT ini dilihat mempunyai agenda tersirat tertentu kerana jika dilihat di bandar terutamanya komposisi kaum didominasi oleh kaum cina.

Persaingan dalam pemilihan pihak yang mengurus urusan polisi dan pentadbiran di peringkat bandar hanya membawa polemik di kalangan perkauman malah boleh memberi kesan kepada jurang ekonomi yang besar antara kaum. Jika ini terjadi, maka hancurlah inspirasi rakyat terhadap kerajaan PN pada hari ini untuk membawa agenda yang lebih baik.

Umum diketahui, jika sesuatu pelaksanaan pilihanraya yang diadakan pastinya memakan kos yang besar malah peruntukan tempoh masa dan tenaga bagi kendalian pilihanraya dari awal sehingga selesai. Cukuplah pilihanraya yang ada di peringkat Parlimen dan DUN sahaja tanpa perlunya pilihanraya peringkat tempatan.

Pilihanraya PBT bukanlah kaedah terbaik dan menjadi keutamaan pada masa kini. Sewajarnya pihak kerajaan PN memberikan fokus agenda pemulihan negara dan pembangunan modal insan dari meneruskan agenda dalam manisfesto PH yang dibimbangi mempunyai agenda tersirat kepentingan kelangsungan DAP.

Demi Islam
Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

26 Zulkaedah 1441H | 17 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#NormaBaharuCegahCovid19