Home Berita PAS Johor

Mutiara Al-Quran: Juzuk 5

195
SHARE

Mutiara Al Quran : Juzuk 5

Di dalam juzuk 5 terdapat Surah An Nisa’ dan Surah Al Maidah yang mengandungi pedoman berikut;

Kedudukan wanita yang dimuliakan dan diangkat oleh Islam sebagai seorang insan, ibu, anak perempuan harus diletakkan pada kedudukan yang dihormati, dilindungi dan dipelihara kehormatannya.

Perlecehan terhadap wanita dengan dihidangkan aurat mereka sebagai promosi perniagaan di papan iklan dan jualan di media sosial seperti tiktok adalah tidak wajar.

Tanggungjawab seorang suami/bapa ialah berusaha dengan tekun mencukupkan keperluan makan, pakaian dan tempat tinggal untuk anggota keluarga.

Segala kepenatan akan diganjari dengan pahala yang banyak dan berterusan.

Juzuk 5 juga menjelmakan nilai nyawa manusia yang sangat bernilai dengan disyariatkan hukuman Qisas sebagai hukuman balas kepada pelanggaran jiwa dan tubuh, ianya merupakan sistem keadilan yang menjamin keselamatan dan keamanan masyarakat
ولكم فى القصاص حياة ..

Golongan yang paling membenci terzahirnya keadilan sistem kehidupan Islam ialah golongan munafik sehingga Allah taala mengingatkan orang beriman agar jangan memberikan wala’ kepada mereka, bahkan al Quran menyatakan tempat mereka yang munafik pada akidah ini ialah terdalam pada api neraka. (m/s 101)

Surah Al Maidah menekankan pentingnya menjaga makan yang halal (patuh syariah), makan yang halal lagi baik memberi kesan pada hati dan akhlak. Oleh itu kepada seluruh kaum muslimin perhatikan setiap sumber yang dimakan dan usahakan membeli dari hasil buatan orang Islam/BMF.

USTAZ DR ABU SOFI AL MUARI
Ketua Lajnah Dakwah PAS Muar
AJK Dewan ‘Ulamak PAS Johor