Home Berita PAS Selangor

DPPK Kuala Langat bersama KM Kuala Langat serah sumbangan – DPPK Kuala Langat

8
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | Dewan pemuda PAS Kawasan Kuala Langat mencertakan, bertalu-talu whatsapp masuk mintak bantuan. Bila baca secara teliti, ada yang dibuang kerja, hilang punca pendapatan, takda duit nak beli barang dapur dan macam-macam lagi.

“Teringat sebuah kisah”, kata mereka. Kisah seorang pegawai polis yang bantu seorang pencuri yang ditangkap kerana mencuri roti semata-mata nak bagi anaknya makan kerana kelaparan beberapa hari tak makan.

Menurut mereka, polis itu cakap kepada pencuri tersebut, ” sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi Allah tengah uji aku sekarang, untuk tengok apa yang aku boleh buat dengan pangkat yang aku ada untuk bantu sesama saudara yang tengah susah”.

Hari ini Allah tengah uji kita semua, masyarakat di sekeliling kita ramai yang tengah susah, apa kita boleh buat?. Tak lain tak bukan kita kena bantu mereka atas kemampuan kita.

Khidmat Malaysia Kuala Langat telah menggerakkan tenaga kerja yang ada untuk salurkan bantuan segera. Mereka pergi rumah ke rumah berjumpa orang-orang yang memerlukan dan beri sumbangan barang-barang dapur. Lebih kurang RM 12,000 telah dibelanjakan untuk sumbangan tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka salurkan maklumat pada pihak masjid, NGO, JKM dan badan-badan kebajikan yang ada supaya bantuan dapat diberi secara berkala supaya mereka dapat meneruskan kehidupan.

Jom bantu kami dengan menyumbang ke akaun :

Bank : CIMB
No. akaun : 8602-9401-50
Akaun : GengAmal

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor