Home Berita PAS Wilayah

Pemuda PAS Wangsa Maju raikan khatam Al-Quran

58
SHARE

Oleh MOHAMAD ABDUL FATEH
Foto BEYHAQI RAMLI

WANGSA MAJU,27 Apr: Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju berjaya mengadakan majlis khatam Al-Quran semalam di Surau Sakinah, Taman Melati.

Program berkenaan merupakan acara kemuncak bagi majlis tadarus Al-Quran antara pemuda PAS bersama penduduk setempat yang telah berlangsung sebelum ini.

Antara tujuan majlis diadakan juga ialah membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kalangan penduduk setempat selaras dengan hasrat negara menjadikan Al-Quran sebagai pegangan kehidupan.

Di samping itu, ia turut menggalakkan penglibatan anak muda dalam aktiviti keagamaan dan menjadikannya sebagai amalan harian.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali, Pengerusi AKTAR, Ustaz Beyhaqi Ramli dan ahli jawatankuasa Surau Sakinah.