Home Artikel PAS Wilayah

Muslimat Wangsa Maju Selesai MAT ke-22

188
SHARE

Oleh: Wan Syahirah Wan Jafri

Wangsa Maju – Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju (DMPKWM) selesai menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ke-22 di Markaz PAS Kawasan Wangsa Maju di sini 8 Ogos lalu.

Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 50 orang perwakilan dan pemerhati itu bertujuan membentangkan laporan gerak kerja sepanjang tahun 2019 serta membincangkan penambaikan untuk tahun semasa dan seterusnya.

Antara pimpinan yang hadir ialah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP), Dr. Nur Hasiba Kamaruddin, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Farhan @ Kamalulhysham Suhut serta Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud.

Aktiviti mesyuarat berfokus kepada pembentangan laporan oleh Setiausaha dan Bendahari DMPKWM disusuli ucapan penangguhan oleh Timbalan Ketua DMPKWM, Siti Nor Hanis Amir, Ketua Penerangan DMPWP, Dr. Nur Hasiba Kamaruddin serta Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Izamuddin Ludin.

“Muslimat perlu meluaskan jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi yang menawarkan bantuan-bantuan untuk memperkasa kebajikan masyarakat setempat”, ujar Ustaz Farhan @ Kamalulhysham ketika merasmikan mesyuarat berkenaan.

Dr. Nur Hasiba Kamaruddin pula dalam ucapan penangguhannya mengucapkan tahniah kepada DMPKWM atas kejayaan mengumpul dana kebajikan dan disalurkan kepada yang terjejas kewangannya akibat COVID-19.