Home Artikel PAS Sabah

Mesyuarat Agung Tahunan medan muhasabah ahli.

451
SHARE

Oleh : Nur Ridwan Asmi
09 Ogos 2020

SANDAKAN : Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Libaran yang diadakan setiap tahun merupakan medan kepada ahli untuk bermuhasabah setelah berprogram selama setahun telah berlangsung di sini siang tadi.

Mesyuarat yang dimulakan dengan ucapan Timbalan Yang Dipertua PAS Libaran, Zulkifli Mohamad menyatakan program ini adalah medan untuk kita singkap kembali dan bermuhasabah dengan apa yang kita telah usahakan bersama jemaah sepanjang tahun lepas.

“Walaupun banyak halangan yang terpaksa dilalui untuk melaksanakan mesyuarat ini tapi atas komitmen dan kerjasama semua pihak kita berjaya melaksanakannya hari ini dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan.” Jelas Zulkifli.

Tambahya lagi, dalam menggerakkan organisasi dan juga jemaah ini semua anggota perlu menjadikan 4 orang Khalifah Khulafa ar – Rasyidin sebagai suri teladan dalam menguruskan setiap gerak kerja yang dilakukan.

Beberapa anugerah telah diberikan bagi meraikan ahli seperti Anugerah Safiyyah Abdul Mutalib, Anugerah Pemuda Harapan, Anugerah Siti Khadijah dan Anugerah Istiqamah yang masing – masing dinobatkan kepada Arfaida Azam, Muhammad Salman Darwis, Syamsi Jamaludin serta Zulkifli Mohamad.

Mesyuarat hari ini juga turut melancarkan Kempen Penambahan Ahli yang diwakili oleh Ketua Jabatan Keahlian PAS Libaran, Nasruddin Lahapin.