Home Berita PAS Sarawak

Muslimat Sarawak Komited Dengan BPMS

751
SHARE

MIRI, 1 Ogos – Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak menyokong sepenuhnya Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang menjadi satu anjakan paradigma di dalam dunia dakwah dan politik masa kini.

Sokongan itu telah disuarakan secara jelas dalam perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Muslimat (JPRM) PAS Negeri Sarawak, Dayangku Huda Ahmad.

Katanya, ianya selaras dengan konsep BPMS iaitu ‘Muwajahah Silmiyah’ iaitu perjuangan secara aman dan damai dalam mendidik keluarga dan masyarakat menurut kehendak Islam.

“Sesungguhnya apa yang kita laksanakan ini bukanlah satu inisiatif baru, tetapi suatu anjakan yang mengambil kira perkembangan politik terkini dan strategi dakwah yang berkesan terutamanya di bumi kenyalang ini.

“Sesungguhnya Allah SWT tidak mengutuskanku untuk mencela dan melaknat. Akan tetapi Dia mengutusku sebagai daie dan satu rahmat. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka adalah golongan yang tidak mengetahui,” ujarnya memetik hadith riwayat Muslim dan Baihaqi pada program tersebut di Eastwood Valley Golf & Country Club, Sabtu lalu.

Beliau turut menyeru seluruh saff kepimpinan setiap peringkat khususnya Muslimat untuk bersama mengadaptasi BPMS dalam aktiviti dakwah yang dilaksanakan di Sarawak.

Ujarnya lagi, hal ini bagi mendekatkan jurang perbezaan antara PAS dengan agensi kerajaan, mahupun swasta yang masih dikuasai oleh pihak lawan.

 

{jathumbnail off}