Home Berita PAS Sarawak

DHPP Sarawak Bersemangat Menghadapi PRU14

618
SHARE

MIRI, 1 Ogos – Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak, Saudara Achau a.k Mujah positif terhadap perkembangan PAS Sarawak dan bersemangat untuk membantu ke arah kemenangan PAS menjelang PRU14 akan datang.

“Kami akan menubuhkan cawangan-cawangan DHPP di seluruh Sarawak dan mengharapkan bimbingan serta tunjuk ajar daripada PAS Sarawak dan PAS Pusat ke arah pemerkasaan DHPP,” ujar beliau dalam ucapan perbahasan Ucaptama Presiden Sabtu lalu dalam Konvensyen Menuju Kemenangan PAS Sarawak.

Beliau menyambut baik saranan Setiausaha PAS Pusat, YB Dato Takiyuddin untuk menjadikan DHPP Sarawak sebagai saudara angkat kepada DHPP Kelantan.

Dengan berbekalkan keanggotaan seramai lebih kurang 100 orang ahli DHPP, Saudara Achau bersama ahli DHPP telah memulakan langkah turun padang berjumpa dengan rakyat dalam siri ziarah kebajikan Merdeka-Raya dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sarawak.

Ziarah Merdeka-Raya ini diharapkan dapat menyemarakkan gelombang “Tsunami Hijau” di bumi Sarawak Darul Hana menjelang PRU14 akan datang.

Pada majlis yang sama, YB Dato Takiyuddin turut menyerahkan kad keahlian PAS kepada semua ahli DHPP yang hadir ke Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.

 

{jathumbnail off}