Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

MUSLIMAT PULAU PINANG MENGUTUK TRAGEDI BERDARAH DI MASJID CHRISTCHURCH NEWZEALAND

774
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN MUSLIMAT PAS PULAU PINANG

1. Semalam, 16 Mac 2019 kita digemparkan dengan sebuah video pembunuhan ummat Islam ketika waktu solat Jumaat secara tembakan rambang oleh pengganas yang menceroboh masuk dua buah masjid di Christchurch, Newzealand.

2. Dilaporkan sehingga malam tadi, seramai 49 orang telah menjadi korban serta puluhan yang lain cedera parah dan masih dirawat. Perdana Menterinya, Jacinda Ardern menyifatkan tragedi berdarah ini sebagai hari paling gelap buat negara tersebut.

3. Peristiwa ini telah mencetuskan kemarahan ummat Islam sedunia. Muslimat Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan kezaliman ini dan menyeru agar kerajaan Newzealand mengambil tindakan segera dan tegas ke atas pesalah.

4. Muslimat Pulau Pinang menyatakan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa tembakan rambang tersebut.

5. Justeru, kami menyeru seluruh ummat Islam agar melazimi Qunut Nazilah, bermunajat dan memohon kepada Allah agar diberi keamanan dan kesejahteraan hidup, dalam melaksanakan tuntutan sebagai hamba Allah.

Semoga syahid buat mereka yang meninggal dunia dalam tragedi itu.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Ustazah Hasanah Binti Idrus
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang