Home Artikel PAS Kedah

Dua Yang Berhormat Apit YDP PAS Padang Terap

466 views
SHARE

16 Mac 2019.Kg Barokhas

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Padang Terap Kali Ke-44 berlangsung penuh bersemangat dan harmoni hingga menatijahkan kekuatan luar biasa bagi ahli-ahli cawangan PAS yang hadir sebagai perwakilan dan pemerhati.

Mesyuarat Agung kali ini juga memperlihatkan jawatankuasa utama PAS Kawasan kali ini begitu unik kedudukanya.

Jawatan Yang DiPertua kekal kepada penyandang ,Ustaz Mohd Azam Abd Aziz.Manakala ADUN Kuala Nerang ,YB Haji Munir Zakaria telah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua.Jawatan Naib Yang DiPertua pula diamanahkan kepada ADUN Pedu,Haji Mohd Radzi Md Amin.

Apitan dua Yang Berhormat dengan Yang DiPertua kali ini dilihat sebagai satu momentum baharu melonjakkan lagi perjalanan PAS Padang Terap terutama dalam menghadapi PRU-15.

Jawatan Ketua Urusan Ulamak disandang oleh Ustaz Mohd Rejab Bin Saad, Manakala Jawatan Ketua Pemuda kekal kepada Ustaz Nurul Amin Bin Hamid,dan Ketua Muslimat juga masih kekal disandang oleh Puan Sariah Salam yang kedua-dua jawatan ketua dewan ini dipilih didalam mesyuarat agung tahunan masing-masing buat kali ke-37.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Padang Terap ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Takiyuddin Hasaan,Setiausaha Agung PAS.Beliau menegaskan kepada para perwakilan supaya sentiasa berusaha mengukuhkan jemaah, memperluaskan dakwah dalam konteks perpaduan ummah, disamping memberi penegasan bahawa pimpinan sentiasa mencari jalan bagaimana mengatasi fitnah yang dilemparkan musuh seperti isu Sarawak Report.

Walaupun PAS diserang dari segenap sudut sebelum dan semasa PRU-14, namun PAS disifatkan sebagai parti yang meraih kemenangan apabila berjaya menawan Terengganu,mengekalkalkan Kelantan , menambah bilangan kerusi Dun di Pahang,Kedah dan beberapa kawasan yang lain walaupun ‘Solo’,membuktikan bahawa PAS tetap kukuh sebagai sebuah gerakan Islam dengan konsep wala dan taat oleh ahli-ahlinya.