Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Muslimat Port Dickson santuni warga asnaf

1231
SHARE

MUSLIMAT PORT DICKSON SANTUNI WARGA ASNAF

Oleh RUSILAH MD SOM

TELUK KEMANG: Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Kemang telah mengadakan ziarah dan serahan bantuan kepada golongan asnaf di Surau Taman Selasih, Port Dickson, di sini kelmarin.

Program dipimpin Ketua Muslimat PAS Teluk Kemang, Bashariah Ashaari itu menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur itu bertujuan meringankan beban kehidupan golongan tersebut.

Bersama program tersebut juga diadakan ‘free market’ melibatkan barangan seperti pakaian, beg, barangan elektrik dan pinggan mangkuk yang ditawarkan sebagai pilihan kepada penerima.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Kemang, Ustaz Fatah Zakaria dan Pengarah Strategik Pilihan Raya PAS Negeri Sembilan, Kamarol Ridzuan Mohd Zain.

Sehubungan dengan itu Ketua Muslimat PAS Teluk Kemang mengharapkan sumbangan daripada semua pihak dan sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Bashariah ( 019 2342533 ).