Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Kawasan Jelutong Anjur Munajat Mingguan Hadapi PRU-14

1103
SHARE

Sungai Pinang : PAS Kawasan Jelutong berjaya menganjurkan Munajat Perdana mengikut DUN baru-baru ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Dimaklumkan Dun di kawasan Jelutong terlibat dalam program munajat tersebut adalah DUN Sungai Pinang

Munajat Perdana ini dilakukan secara mingguan pada setiap hari khamis atau rabu sehingga ke Pilihanraya Umum nanti.

Program ini dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin,solat hajat beserta doa munajat, zikir munajat ,bacaan selawat manjiyah , taujihad daripada Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Nik Razib .

Menariknya, mereka yang hadir ke program ini bakal mendengar amanah dari kepimpinan tertinggi dewan pemuda PAS negeri dalam program ini.

Memetik ucapan Ustaz Nik Razib “Semoga program ini akan memberi kekuatan baru kepada petugas-petugas untuk menghadapi cabaran yang begitu mencabar di dalam PRU 14 nanti.”

“Selain daripada kita mengatur strategi maka akhirnya kepada Allah untuk memohon pertolongan agar segala halangan akan dapat kita hadapi dengan tabah serta mencapai kemenangan. Kita perlu yakin dengan aturan Allah.,” katanya sebelum mengakhiri taujihad.

Munajat Perdana ini bermula pada pukul 7 malam dan berakhir kira-kira pukul 11.00 malam.