Home Berita PAS Wilayah

Muslimat PAS wajib juarai isu kemasyarakatan

41
SHARE

Oleh Tia Razali

BATU, 6 OGOS: Isu keganasan rumah tangga, gangguan seksual, sumbang mahram, kemiskinan dan kesempitan hidup serta bencana alam adalah antara isu yang perlu dijuarai oleh Muslimat PAS terutama di Wilayah Persekutuan, seru Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucaptamanya di Muktamar Tahunan DMPWP ke-39 hari ini.

Beliau juga turut menekankan bahawa fungsi dan kerjasama antara Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan serta Lajnah Pembangunan Keluarga haruslah diperkuatkan.

“Kita tidak harus membiarkan golongan liberalis dan feminis yang terlebih kehadapan dalam memperjuangkan isu kemasyarakatan dan dilihat hero dalam memerjuangkan nasib wanita.

“Akhirnya, segala dakyah liberalis ini boleh menjadi barah yang menyusup di dalam masyarakat seperti LGBT, kebebasan berpakaian, dan pertikaian undang-undang syariah berkaitan kekeluargaan,” seru beliau.

Tambah beliau juga, Muslimat PAS perlu sentiasa terkehadapan termasuk dalam isu-isu bencana alam dan pantas turun ke medan untuk memberi bantuan dan menyantuni mangsa-mangsa yang terlibat.

“Penubuhan NGO di setiap kawasan dan negeri adalah langkah proaktif yang sangat baik sebagai wasilah kita mendekati masyarakat sesuai bagi menunjukkan praktikaliti Islam sebagai agama berkebajikan,” ujar beliau lagi.