Home Rencana PAS Selangor

Muslimat PAS Selangor konsisten mendukung pelan PEMULIHAN negara – Ketua DMPNS

102
SHARE

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎"KITA MESTI BERGANDING BAHU MELAWAN COVID19. JIKA KITA BERPECAH, MASALAH INI TIDAK AKAN SELESAI. PELAN PEMULIHAN NEGARA SATU USAHA YANG PERLU DISAMBUT OLEH SEMUA PIHAK DEMI KEHARMONIAN RAKYAT USTAZAHHAJAH WANHASRINA BINTI AN HASSAN KETUDEWA PAS NEGERI SELANGOR Dewar Muslimat Negeri Selangor I Dewan ن PASS‎"‎‎

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Wan Hasrina Binti Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

1. Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin mencetus pelbagai persepsi di kalangan rakyat Malaysia.Ia dirangka secara berfasa sebagai satu strategi dari kemelut pandemik COVID-19. Strategi PPN ini merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat. Setiap fasa pelan pemulihan ini merujuk kepada data yang dirangkumkan oleh tiga indikator ambang utama ataupun threshold untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya. Mengambil kira ancaman COVID-19 yang masih menular dalam komuniti dan bilangan kes aktif yang tinggi di hospital, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) memberi sokongan penuh kepada ketetapan yang telah diambil kerajaan ini.

2. Hari ni kita sedang menghadapi krisis kesihatan awam yang semakin meruncing, Infrastruktur kesihatan dan keperluan asas perubatan yang diperlukan untuk merawat COVID-19 semakin meningkat penggunaannya setara dengan peningkatan kes berterusan. Selangor juga mencatatkan peningkatan kes dengan begitu tinggi sekali. Perkembangan ini amat membimbangkan kerana jika ia berterusan maka tidak mustahil sektor kesihatan awam di negeri ini bakal lumpuh.

3. Di sinilah rasionalnya mengapa kita mesti menyokong Pelan Pemulihan Negara ini. Biarpun garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan pada Fasa 1 adalah lebih ketat dan tegas, namun ini adalah satu langkah jangka masa panjang yang baik. DMPNS juga yakin rakyat Malaysia akan patuh setiap garis panduan yang dirangkan Kerajaan Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN).

4. Uniknya budaya hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, kita telah dididik untuk sentiasa berkongsi rezeki dan membantu orang di sekeliling ketika dihimpit masalah. Sektor kerajaan,swasta dan orang perseorangan memainkan peranan dengan saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain dengan memberi bantuan terutamanya menyediakan bekalan bahan mentah kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pendapatan. DMPNS akan memastikan Muslimat PAS di semua peringkat akar umbi bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan sekaligus menjadi agen penerangan bagi menyampaikan maklumat yang sahih berkaitan Pelan Pemulihan Negara ini.

5. Biarpun persoalan tentang berapa lama kita perlu berkurung dan hidup dengan Prosedur Standard Operasi (SOP) tidak dapat dipastikan namun ini adalah perjuangan kita bersama. Kita perlu memainkan peranan kita sebaiknya dengan kekal duduk di rumah agar kita dapat membantu Frontliner yang telah bertungkus lumus memberi perkhidmatan dan rawatan terbaik untuk menyembuhkan pesakit Covid-19.

6. Kerjasama dan komitmen semua, tidak kira kedudukan, kuasa dan taraf akan menjadi penentu sama ada kita benar-benar berjaya atau tidak dalam memerangi pandemik ini. Kita mesti berganding bahu melawan COVID19 ini. Jika kita terus berpecah, masalah utama ini tidak akan selesai. DMPNS yakin PPN ini bukanlah suatu yang mustahil untuk dilaksanakan demi menjamin kesejahteraan rakyat. Di samping itu, perbanyakkanlah menadah tangan berdoa kepada Yang Maha Esa untuk segera melenyapkan virus ini dari muka bumi. Semoga ia segera berlalu pergi meninggalkan kehidupan kita,InshaAllah

14 Julai 2021 I 04 Zulhijjah 1442

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor