Home Berita PAS Selangor

Set talam nasi arab untuk yang memerlukan – PAS Kawasan Selayang

77
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Banyak keluarga kini yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Terjejas yang sangat teruk daripada segi pendapatan. Mereka ini, ada yang kehabisan bekalan makanan dan hanya mengharapkan bantuan. Makanan asas pun tak ada apatah lagi nak merasa nasi arab.

PAS Kawasan Selayang telah merealisasikan mimpi mereka dengan sumbangan beberapa set Talam Nasi Arab kepada mereka yang kurang bernasib baik daripada kalangan Keluarga yang sedang dikuarantin dan yang kurang berkemampuan.

PAS Selayang mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang berhajat untuk melakukan program sebegini. “Kami hanya menyampaikan”, kata mereka. PAS Selayang juga mengucapkan tahniah atas inisiatif Syria Station Cafe yang sentiasa memberi sokongan besar kepada mereka dalam membantu meringankan bebanan rakyat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor