Home Berita PAS Selangor

DUPN Selangor menziarahi Balu Allahyarham Ustaz Rizuan Rahmat – Setiausaha DUPNS

13
SHARE

“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor

Oleh : Muhammad Najhan Shahir Halim

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Klang | Pada hari ini Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor diketuai oleh Pemangku Ketua DUPNS Ustaz Nushi Dato’ Dr Mahfodz disertai Ustaz Muhammad Najhan Halim Setiausaha DUPNS, Bendahari DUPNS Ustaz Jeffry Isa dan Ustaz Ahmad Nazri Mohd Nawi Ketua Lajnah Kebajikan DUPNS mengunjungi Balu Allahyarham Ustaz Rizuan Rahmat di Telok Gong, Klang Selangor.

Ziarah pada kali ini merupakan susulan beberapa ziarah yang telah dilakukan oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menerusi AJK-AJK Dewan yang hadir bertanya khabar dan juga menyampaikan sumbangan orang ramai dan orang perseorangan kepada Balu dan keluarga Allahyarham selepas pemergiannya.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor juga menyampaikan sumbangan tunai kepada Balu iaitu Ustazah Diana bagi meringankan beban yang ditanggung beliau dengan sebab pemergian Allahyarham.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor juga dalam masa yang sama mengiringi kehadiran YB Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama YB Ahmad Marzuk Shaary dan juga YB Dato’ Dr Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Selangor yang hadir menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ustaz Rizuan Rahmat.

Turut bersama mengiringi YB Timbalan Menteri Ustaz Khalid Nayan selaku YDP PAS kawasan Klang bersama-sama dengan Lajnah Kebajikan dan Khidmat Malaysia PAS kawasan Klang.

Semoga Balu dan seluruh keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan dengan ujian pemergian ini dan juga menyambung perjuangan yang ditinggalkannya. Amiin.

14 Julai 2021 I 04 Zulhijjah 1442

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor