Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Sabah sumbang dan bantu penduduk terlibat banjir

205
SHARE

 

Fadilah Nordin
28 Disember 2021

Kota Kinabalu : Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu menyampaikan sumbangan tunai RM2000 kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan mewakili Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah.

Beliau juga menyumbangkan sebuah set Water Jet kepada Briged Muslimat Selangor bagi membantu melancarkan kerja-kerja pembersihan banjir semasa lawatan beliau di lokasi banjir Kampung Jawa dan Sungai Lui, kelmarin.

Selain Briged Muslimat dan Jabatan Amal, ramai sukarelawan dan NGO yang datang membantu dalam kerja pembersihan dan menghantar sumbangan kepada penduduk terjejas banjir.

“Saya berkesempatan melihat situasi di Kampung Jawa dan Sungai Lui yang merupakan antara kawasan yang terjejas teruk yang disiarkan dalam media. Banjir mencecah paras bumbung rumah. Ada rumah yang roboh, kereta hanyut, remuk dan bertindih-tindih”, ucap beliau dalam sesi temubual dalam telefon.

“Beberapa tempat jalan raya rosak , runtuh dan hanya dapat dilalui dengan menaiki motosikal dan jalan kaki sahaja. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Semoga mangsa banjir tabah dan terus kuat untuk bangkit Kembali”, Kata Norsah lagi.

 

Turut hadir dalam misi bantuan banjir tersebut adalah YB Fadhil Saari, Ketua Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPN Selangor, Mazni Ohtman, AJK DMPM Norazlin Md Samsudin dan Ketua Musmedik, Dr Reen Mohd Amin.