Home Berita PAS Johor

Muslimat PAS Pengerang jadi tuan rumah Munajat AKIFI

113
SHARE

Oleh: NINI ZULKIFLI

Pengerang, 18 Jun – Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengerang telah terpilih menjadi ‘tuan rumah’ bagi program Munajat AKIFI mingguan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor bagi minggu kedua bulan ini, kelmarin.

Aktiviti Munajat tersebut dimulakan dengan bacaan surah yasin yang dipimpin oleh Ketua Muslimat Cawangan Air Tawar 5, Ustazah Salmah Ahmad seterusnya diteruskan dengan zikir munajat oleh Ketua Ameerah Kawasan Pengerang, Hazwani Abdul Wahid dan ditutup dengan tazkirah yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan Pengerang, Ustazah Habibah Md Yusop.

Ustazah Habibah telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk Allah SWT Melupakan Manusia Yang MelupakanNya yang dipetik daripada buku Nota Kepada Diri oleh Almarhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Antara isi yang dikupas ialah, Allah SWT telah memberikan pelbagai nikmat kepada manusia seperti nikmat berkomunikasi, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dijadikan sebagai ternakan, anak-anak untuk kebahagiaan supaya manusia sentiasa bersyukur dan mengingati Allah SWT.

Aktiviti yang telah dijalankan secara serentak melalui platform online dan fizikal itu mendapat sambutan baik apabila dihadiri oleh lebih 100 orang Muslimat.