Home Berita PAS Melaka

Muslimat PAS Kuala Linggi ziarah ibu tunggal mangsa kebakaran

99
SHARE

Oleh ZUL SHAM MAHAT

MASJID TANAH, 22 Jun : Nasib malang yang menimpa seorang ibu tunggal, Zainon Ismail, 58, apabila rumahnya yang terletak di Kampung Baru Kuala Sungai Baru terlibat dalam kebakaran telah mendapat simpati daripada banyak pihak termasuk Muslimat PAS Kuala Linggi.

Kehadiran mereka bukan hanya sebagai menzahirkan simpati malah turut memberi semangat kepada mangsa untuk meneruskan kehidupan.

Ketua Muslimat JPrD PAS Kuala Linggi, Aida Bohari, 52, ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya telah telah mengadakan kunjungan ke atas mangsa kebakaran ini pada tengahari semalam.

“Atas rasa simpati saya serta tiga orang AJK lain hadir sebagai memberi semangat untuk teruskan penghidupan ke atas Puan Zainon kerana keadaan beliau yang uzur.

“Kami juga menghulurkan bantuan kit makanan di samping sedikit wang tunai bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung beliau,” ujar Aida.

Sementara itu kebakaran rumah yang didiami Zainon dan keluarga yang berlaku sekitar jam 10 pagi semalam telah menyebabkan rumah itu musnah sama sekali menyebabkan beliau kini hilang tempat berteduh.

Beliau yang selama ini tinggal bersama dengan seorang anaknya di rumah malang tersebut bersyukur kerana terselamat di dalam kejadian itu dan tiada kemalangan jiwa berlaku sementara punca kebakaran masih dalam siasatan oleh pihak Bomba.

Buat sementara waktu beliau tinggal bersama dengan saudara beliau yang berdekatan.

Setakat ini banyak pihak telah datang menziarah dan memberikan bantuan termasuk Setiausaha Sulit kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Norihan Bahari, Adun Kuala Linggi, YB Datuk Wira Ismail Othman dan Penyelaras Bersatu Dun Kuala Linggi, Atan Mohammad.