Home Berita PAS Negeri Sembilan

Muslimat PAS Kawasan Rembau gigih membantu calon Perikatan Nasional, Kuala Linggi

120
SHARE

Oleh : RUSILAH MD SOM

Kuala Linggi, 16 November: Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau ( DMPKR) gigih membantu gerakerja Pilihanraya Negeri ( PRN) Melaka bagi calon Perikatan Nasional (PN) di N. 01, Kuala Linggi.

Ketua Muslimat DMPKR, Masita Mohd Ali menyatakan komitmen yang tinggi perlu diberikan kepada calon Kuala Linggi, Cikgu Aziah Mohd Sa’ad kerana PAS Kawasan Rembau, Port Dickson, Seremban dan Rasah telah ditugaskan membantu bagi memenangkan calon yang dipilih.

Katanya lagi, calon Kuala Linggi tersebut merupakan satu-satunya calon muslimat yang dipilih oleh PAS mewakili PN dalam PRN Melaka dan tanggungjawab itu perlu dipikul bersama muslimat Rembau.

“Sehingga ke hari ini sudah tujuh hari saya bersama pasukan petugas muslimat Rembau bersama muslimat kawasan lain dari Negeri Sembilan termasuk petugas dari Pahang untuk bertemu pengundi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan”, ujar Masita.

“Hari ini saya bersama muslimat-muslimat yang hadir ke Bilik Operasi (BO) Kuala Linggi di Surau Al- Falah, Sungai Tuang, Melaka telah diarahkan mengedarkan bahan calon kepada pengundi, di Kawasan Air Molek”, tambah beliau lagi.

Antara muslimat yang hadir ke BO Kuala Linggi ialah Suraya Samsudin, Zahrah Zainuddin, Suzila Sabeh dan Azamah Awang dan Noor Zuhaila Mansor.

Masita Mohd Ali mengharapkan lebih ramai muslimat DMPKR turun padang ke Kuala Linggi sebelum kedatangan hari mengundi iaitu pada 20 November akan datang.