Home Berita PAS Pulau Pinang

Arak dan judi hak yang perlu dikawal

129
SHARE

Oleh MUHAMMAD DANEAL YUSOFF

KEPALA BATAS, 17 NOVEMBER – Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas menggesa pihak yang membantah tindakan kerajaan negeri Kedah menghentikan lesen premis judi dan mengawal penjualan arak meneliti tujuan keputusan itu dilaksanakan.

Ketuanya, Ustaz Mohd Farid Hamdi Mohd Redzuan berkata, tindakan Menteri Besar, Muhamad Sanusi Md Nor dalam isu ini patut dihargai kerana tugas pemimpin adalah memantau dan menjaga kemaslahatan rakyatnya.

“Perkara ini dapat menyangkal dakwaan pemimpin DAP, Ramasamy yang menyebut arak dan judi adalah hak orang bukan Islam untuk diamalkan, tanpa melihat dari sudut aspek negatif dari kesan arak dan judi yang tidak dikawal.” kata beliau.

Aktiviti judi dan arak ini telah pun menunjukkan banyak kesan negatif kepada masyarakat seperti contoh yang dilakukan oleh kaki judi yang sanggup menjual atau mencederakan isteri atau anaknya akibat kalah bermain judi, juga kaki botol yang sanggup merogol anak kandung atau ahli keluarganya yang lain akibat mabuk.

Mohd Farid Hamdi berkata, sekarang masyarakat telah pun sedar tentang keburukan arak dan judi yang mendatangkan kemudaratan berbanding manafaat dan kita perlukan satu bentuk pengawalan yang lebih ketat terhadap perkara tersebut.

“Kami yakin ia turut dipersetujui oleh orang bukan Islam dan agama yang dianutinya”.

“Persoalannya, adakah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Ramasamy lebih berminat membela hak bukan Islam dalam dua keperluan kecil ini tanpa melihat atau meneliti perlu adanya pengawalan terhadap aktiviti tersebut supaya perkara yang tidak diingini berlaku didalam masyarakat kita “.

“Jika atas nama membela hak seperti itu, mungkin kerajaan perlu mengkaji semula undang-undang yang melarang salah guna dadah, racun, dan seumpamanya,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, dalam ilmu Islam, ‘Qawaid Fiqhiah’ secara jelas boleh dibawa dalam menghujahkan kebenaran tindakan kerajaan negeri Kedah iaitu ‘لا ضرر ولا ضرار’ (tidak memudaratkan dan dimudaratkan).

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas langkah proaktif yang diambil dalam isu ini.” ujar beliau.