Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muslimat PAS Hargai Kakitangan Pejabat Agung

579
SHARE

Kuala Lumpur : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh diiringi Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Pengarah Strategik DMPM telah menyerahkan sumbangan duit raya kepada kakitangan yang bertugas di Pejabat Agung PAS Pusat termasuk kakitangan Dewan-Dewan, PASRELIEF dan petugas keselamatan serta kebersihan.

Seramai lebih kurang 32 orang kakitangan telah menerima duit raya hasil daripada sumbangan Ahli Jawatankuasa DMPM dan para dermawan yang bermurah hati berkongsi rezeki. Sumbangan duit raya ini merupakan antara inisiatif Muslimat PAS untuk menghargai para pekerja yang bertungkus-lumus melaksanakan tugasan Jemaah dengan sebaiknya, di samping meraikan kegembiraan Aidilfitri yang bakal disambut tak lama lagi.

“Ustazah dan seluruh Ahli Jawatankuasa sangat-sangat menghargai semua kakitangan di Pejabat Agung ini, terima kasih banyak-banyak atas segala pengorbanan dan komitmen kerana bekerja dengan PAS.”, ucap beliau pada majlis tersebut.

Sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik yang utama di Malaysia, PAS sangat memerlukan kepada petugas dan kakitangan yang akan melaksanakan tugasan-tugasan bersifat teknikal bagi memastikan kelangsungan jangka masa panjang.

Selain di Pejabat Agung PAS Pusat, Muslimat PAS juga menyerahkan sumbangan duit raya kepada petugas belakang tabir Harakah yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan segala berita dan informasi sampai kepada orang awam walaupun terpaksa bekerja secara jarak jauh, dari rumah kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berkuatkuasa.