Home Artikel PAS Sabah

PAS Kalabakan hulurkan bantuan ringankan beban asnaf

483
SHARE

Oleh : Suziana Ghani
22 Mei 2020

KALABAKAN : Urusan Ulama PAS Kawasan Kalabakan dengan kerjasama Ameerah Kalabakan dan Majlis Permuafakatan PIBG SRI Tahfiz Nadi Al Baghdadi Tawau telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa golongan asnaf semalam.

Seramai 52 buah keluarga asnaf yang tinggal di Kg Otentik, Tg. Batu Tawau telah menerima sumbangan berbentuk barang keperluan harian seperti beras, minyak, mi kuning dan gula.

Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Kalabakan, ustaz Roslan Ramli yang juga merupakan Pengarah SRI Tahfiz Nadi Al Baghdadi Tawau berkata ramadan kali ini kita sambut dengan suasana yang sangat berbeza kerana penularan wabak covid 19 yang memberi kesan kepada semua negara.

“Ramai di kalangan asnaf khususnya di kawasan Tawau dan Kalabakan sangat terkesan serta hilang sumber pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di harap dengan sedikit bantuan sumbangan daripada orang ramai ini dapat mengurangkan beban dan membantu memberi kegembiraan,” ujar ustaz Roslan.

Katanya lagi, tabung kutipan sumbangan asnaf dilaksanakan sejak awal bulan ramadan lagi bertujuan membantu golongan yang memerlukan dan edaran sumbangan telah dilakukan secara berperingkat kerana sepanjang tempoh PKP ini pergerakan agak terbatas.

Sebanyak 700 pek barangan asasi yang telah disampaikan oleh ustaz Roslan Ramli kepada asnaf sepanjang ramadan. PAS Kalabakan dan SRI Tahfiz Nadi Al Baghdadi Tawau merakamkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah membantu menjayakan misi kali ini.

Ustaz Roslan Ramli turut memberi tazkirah dan bacaan doa semasa sesi agihan sumbangan. Turut hadir menyampaikan sumbangan Timbalan Ameerah kawasan Kalabakan, Asikin Ahmad bersama ahlinya serta kakitangan SRI tahfiz Nadi Al-Baghdadi.