Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Batu Sapi hargai muslimat cawangan

24
SHARE

Oleh: Laila Ismail
11 Oktober 2021

BATU SAPI: Dewan Muslimat PAS Batu Sapi menerusi Lajnah Dakwah telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada beberapa muslimat cawangan Kampung Kombo di sini, Sabtu lepas.

Seramai 7 orang ahli menerima hadiah penghargaan berupa sehelai sejadah serta sepasang telekung yang disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Norsah Bongsu.

Menurutnya, cenderamata ini diberikan kepada ahli yang menunjukkan komitmen tinggi di dalam membantu gerak kerja PAS diperingkat cawangan.

“PAS walaupun dilihat terkedepan di dalam aktiviti dakwah, namun terjun secara terus di dalam bidang kebajikan dan siasah sebagai menyambung risalah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan juga satu amanah dari Allah untuk memakmurkan alam ini,” ujar beliau.

Salah seorang penerima, Suzieyati Nasib menzahirkan rasa gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas cenderamata yang diberikan.

“Hadiah ini bukanlah dinilai dengan harganya tetapi di atas dasar ukhwah dan kasih sayang sesama ahli,” ujarnya lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Naib Ketua Muslimat PAS Kawasan Batu Sapi, Salmia Sape, Ketua Lajnah Dakwah PAS Kawasan, Nur Farahin Jafarsah, dan Ketua Cawangan Kampung Kombo, Ruslan Baharuddin.