Home Rencana PAS Selangor

Lensa MAT DPPK Petaling Jaya kali ke 34 – DPPK Petaling Jaya

20
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya

PETALING JAYA | Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya melabuhkan tirainya semalam dengan semangat persaudaraan Islam yang harmoni. Mesyuarat Agung Tahunan kali ini dijalankan secara hybrid (fizikal dan online) bagi memastikan sistem operasi standard dapat dijalankan sebaiknya.

Seramai 61 orang perwakilan daripada cawangan-cawangan Pemuda PAS memberikan kerjasama yang baik bagi melancarkan perjalanan mesyuarat semalam.

MAT kali ini menyaksikan pertandingan dua penjuru bagi jawatan Ketua dan Naib Pemuda Kawasan, manakala bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda pula perwakilan diminta memilih lapan orang ahli jawatankuasa daripada dua belas nama yang dipertandingkan.

Pengundian dijalankan dengan baik dan lancar yang dipengerusikan oleh Ketua Jawatankuasa Pemilih, Saudara Zaiful dari kawasan Damansara.

Satu anugerah khas iaitu Anugerah Jasamu Dikenang diberikan kepada Saudara Syed Hussen bagi menghargai jasa beliau sepanjang berkhidmat bersama DPPK PJ. Anugerah ini diperuntukkan bagi AJK DPPK PJ yang telah pun melebihi umur pemuda.

Barisan kepimpinan terbaharu bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya bagi sesi 2021-2023 diketuai oleh Saudara Muhamad Hakimi selaku Ketua Pemuda, Saudara Khairul Hisham selaku Timbalan Ketua Pemuda dan Saudara Ikmal selaku Naib Ketua Pemuda.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor