Home Rencana PAS Selangor

Gelombang Sejahtera Keluarga Malaysia (GENGGAM) Selangor – PAS Kawasan Hulu Langat

96
SHARE

May be an image of 2 people, headscarf and text that says "KENYATAAN RASMI PKHL arG ALTERNA GELOMBANG SEJAHTERA KELUARGA MALAYSIA (GENGGAM) SELANGOR MUHAMMAD JAN SULONG Yang Di Pertua PAS Kawasan Hulu Langat 3 Rabiulawal 1443 10 Oktober 2021"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Tuan Muhammad Jan Bin Sulong
YDP PAS Kawasan Hulu Langat

KENYATAAN RASMI
PAS KAWASAN HULU LANGAT

[PKHL/KR/04/2021]
GELOMBANG SEJAHTERA KELUARGA MALAYSIA (GENGGAM) SELANGOR

1. PAS Kawasan Hulu Langat (PKHL) ingin merakamkan penghargaan tinggi dan terima kasih kepada YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang sudi merasmikan Program Gelombang Sejahtera Keluarga Malaysia (Genggam Selangor) peringkat Kawasan Hulu Langat semalam.

2. Jutaan penghargaan terima kasih juga buat Ustaz Nushi Mahfodz Pegawai Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama yang hadir merasmikan Medan Ilmu Hulu Langat dan seluruh pimpinan PAS Negeri Selangor yang hadir terutama buat Ustaz Shafie Ngah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor dan yang lain-lain.

3. Tahniah buat semua Jawatankuasa Program GENGGAM SELANGOR peringkat PKHL semalam yang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya melalui pelbagai program yang disusun dan diatur melalui PAS Kawasan dan Dewan-dewan yang diadakan serentak di Dun Dusun Tua dan Semenyih bagi menyahut konsep gagasan Keluarga Malaysia ini.

4. PKHL sangat berbesar hati terpilih menjadi PAS Kawasan pertama yang diberi tanggugjawab melaksanakan program besar Genggam Selangor ini bagi membawa konsep Keluarga Malaysia dalam memperkasakan agenda Dasar Perpaduan Negara seterusnya menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia dalam perlaksanaan pelbagai Program bagi membina semula negara.

5. Jesteru PKHL mengajak semua pihak tanpa mengira kaum dan agama agar bersatu dan mengenepikan sebarang perbezaan agar kita dapat bersama dalam usaha membebaskan negara ini daripada cengkaman Covid-19 dan seterusnya memulihkan ekonomi negara ini.
10 Oktober 2021 | 3 Rabiulawal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor