Home Berita PAS Sarawak

Muslimat PAS Batang Lupar cakna kebajikan ahli

44
SHARE

Oleh: Yat Abdullah.

Batang Lupar: Tidak hanya cakna terhadap kebajikan penduduk setempat, malah Dewan Muslimat PAS Kawasan Batang Lupar (DMPK BTL) turut cakna terhadap kebajikan ahli mereka. DMPK BTL telah mengadakan aktiviti ziarah ahli muslimat di Kampung Sepinang, Kampung Beladin, Kampung Pusa dan Kampung Tambak.

Oleh itu, seramai 10 orang ahli muslimat DMPK BTL telah diziarahi sekaligus menyampaikan barangan keperluan asas yang telah disampaikan sendiri oleh Ketua Muslimat DMPK BTL, Mumtaz Sufi.

“Terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan semoga Allah limpahkan rezeki berlipat kali ganda kepada semua penyumbang khususnya ahli PAS sendiri”, ujar salah seorang ahli muslimat yang telah diziarahi.

Ketua Muslimat DMPK BTL, Mumtaz Sufi berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban ahli di musim pandemik Covid-19 dan semoga ahli muslimat terus bersemangat serta memberikan kerjasama yang baik untuk program yang akan datang.

Aktiviti ziarah ini telah berjalan dengan lancar. Jentera muslimat yang terlibat juga sentiasa memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi.